KOMUNITI 44300 BATANG KALI

KOMUNITI 44300 BATANG KALI
"Berkhidmat Untuk Komuniti"

Khamis, 5 November 2015

Pengenalan Produk Muslim - SkyJuice! ... water4u

Pengenalan Produk Muslim - SkyJuice! ...water4u
Assalamua'laikum wbt
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga kejiranan Komuniti 44300 Batang Kali
Saya Mohd Taufiq Mohamed adalah seorang pemilik syarikat Tunggal (Muslim-Bumiputera) yang telah menjalankan aktiviti perniagaan sejak tahun 2013. Saya adalah seorang pekerja sektor swasta pada masa yang sama dan saya jalankan perniagaan ini secara tidak serius pada awalnya kerana kekurangan modal. 
Nak meminjam 4% faedah dikenakan. Naik turun bank, tak layak kata mereka, awak belum ada apa-apa tapi berani nak pinjam wang. Jadi, saya tangguhkan hasrat untuk membuat secara serius. 
Saya melihat dan telah melalui pelbagai cabaran sejak di bangku persekolahan lagi. Ranjau duri itulah yang mematangkan saya untuk cepat bertindak dan tidak hanya duduk dan tunggu. 
Hari ini saya ingin memperkenalkan kepada anda produk air tapisan pertama yang dicetuskan oleh Abang saya. Ideanya mudah. Semua orang minum air. Tapi bukan sembarangan air ye! 
Saya beri nama air ini dengan trademark 
SkyJuice!
...water4u

SkyJuice! ini telah ditapis menggunakan 6 jenis filter dari jenama paling popular di Malaysia, Korea, USA.

Dengan menggunakan sistem penapisan terbaik ini, air yang dihasilkan hampir sama dengan air mineral jenama-jenama terkemuka didunia.
Jika hendak dibandingkan, air ini adalah 8.5/10 berbanding air mineral 10/10
 Harga bagi tiap-tiap botol dengan 2 jenis isipadu.

500ml RM1.00
1.5ml RM2.50

Insya-allah dengan berbekalkan modal dari penat lelah sendiri, saya mengimpikan sebuah kedai yang dijadikan kilang untuk menapis produk ini secara besar-besaran. Insya-allah.

Kepada yang berminat untuk mencuba dan merasai air ini,

Dapatkan SkyJuice! di;

Healing Minds Halal Hub
No.63, Jalan Mahagoni 7/2
Seksyen 4
Bandar Utama Batang Kali
44300 Batang Kali
Selangor Darul Ehsan







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan